Doktor pelatih didakwa lakukan gangguan seksual, miliki bahan lucah

Seorang doktor pelatih didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Krai pada Rabu atas dua pertuduhan iaitu melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dan memiliki gambar lucah.
Seorang doktor pelatih didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Krai pada Rabu atas dua pertuduhan iaitu melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dan memiliki gambar lucah.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang doktor pelatih didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas dua pertuduhan iaitu melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dan memiliki gambar lucah.

Tertuduh, Ahmad Hilmi Zulkeflee, 26, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Amal Razin Alias.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa hendak mengaibkan kehormatan dengan merakam seorang wanita yang sedang mandi tanpa pengetahuannya dengan menggunakan sebuah kamera berwarna hitam miliknya di bilik mandi, Aras 2, Hospital Sultan Ismail Petra di sini, kira-kira jam 6.30 pagi, pada 13 September 2025.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dalam milikannya terdapat beberapa keping gambar dan video lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit di bilik 102, Asrama Pelatih Pegawai Perubatan, Hospital Sultan Ismail Petra di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 14 September 2025.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Che Mohd Azim Che Hamat.

Terdahulu, Mazlinda mencadangkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan, manakala Che Mohd Azim merayu mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kerana anak guamnya masih muda dan ia adalah kesalahan kali pertama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah juga menetapkan 17 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ringkasan AI

  • Doktor pelatih didakwa atas gangguan seksual dan memiliki gambar lucah
  • Ahmad Hilmi Zulkeflee mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret
  • Tertuduh didakwa merakam wanita mandi tanpa pengetahuan di Hospital Sultan Ismail Petra
  • Dakwaan bawah Seksyen 509 dan 292 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara
  • Mahkamah benar jamin RM6,000 dengan syarat tidak mengganggu mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!