Kerajaan terus banteras kegiatan perjudian haram - PM

Anwar ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Bernama
Anwar ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sehingga kini, hasil tindakan penguatkuasaan membanteras kegiatan berkenaan menyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion ringgit.

Bagaimanapun, Anwar mengakui terdapat beberapa cabaran dalam usaha membendung kegiatan itu di negara ini.

"Cuma tidak mudah kerana judi dalam talian kadang-kadang berpangkalan di luar negara. Keduanya, mekanisme elektronik itu sangat canggih, dia boleh buka dan tutup dengan kadar yang segera,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) sama ada kerajaan melihat pembanterasan operator perjudian haram sebagai langkah pelengkap untuk menutup ketirisan hasil negara supaya usaha konsolidasi fiskal tidak bergantung kepada mengurangkan subsidi sahaja.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, selain langkah penguatkuasaan bagi menangani aktiviti perjudian haram, kerajaan juga memberikan tumpuan meningkatkan kebertanggungjawaban dan kesedaran rakyat terhadap perkara bertentangan dengan undang-undang negara. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kerajaan akan terus memperkuat usaha memerangi perjudian haram
  • Hasil tindakan penguatkuasaan terhadap perjudian haram mencapai nilai rampasan berbilion ringgit
  • Anwar mengakui adanya cabaran dalam usaha membanteras perjudian haram disebabkan oleh operasi dalam talian dan teknologi canggih
  • Perjudian dalam talian sukar dibanteras kerana seringkali beroperasi dari luar negara dan menggunakan teknologi yang dapat mengubah operasi dengan cepat
  • Selain langkah penguatkuasaan, kerajaan juga meningkatkan kebertanggungjawaban dan kesedaran rakyat terhadap kegiatan haram

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!