Mekanik maut motosikal bergesel lori simen

Seorang mekanik maut dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir pada malam Selasa. Gambar hiasan
Seorang mekanik maut dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir pada malam Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori simen di Kilometer 4, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam semasa mangsa berusia 21 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Seremban.

"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki mangsa cuba memotong lori di hadapannya, namun tidak berjaya.

"Pada masa sama, sebuah kereta dari arah bertentangan berselisih dengan motosikal tersebut mengakibatkan mangsa bergesel dengan lori sebelum terjatuh ke bawah lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang mekanik maut dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir
  • Mangsa berusia 21 tahun dalam perjalanan pulang ke Seremban ketika kejadian
  • Motosikal jenis Yamaha 135LC cuba memotong lori namun gagal
  • Bergesel dengan lori dan terjatuh ke bawahnya selepas selisih dengan kereta dari arah bertentangan
  • Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!