Maqis rampas daging bernilai RM222,191 dari Hong Kong

Maqis Negeri Selangor merampas daging diimport dari Hong Kong seberat 26,827.548 kilogram hasil pemeriksaan rutin dilakukan di pintu masuk Maqis Pelabuhan Klang Barat.
Maqis Negeri Selangor merampas daging diimport dari Hong Kong seberat 26,827.548 kilogram hasil pemeriksaan rutin dilakukan di pintu masuk Maqis Pelabuhan Klang Barat.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas daging seberat 26,827 kilogram bernilai RM222,191 yang diimport dari Hong Kong.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, rampasan itu hasil pemeriksaan rutin dilakukan pegawai penguat kuasa Maqis di pintu masuk Maqis Pelabuhan Klang Barat.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pengimport mengisytiharkan konsainan yang dibawa masuk pada borang pengisytiharan adalah ‘frozen food mackerel’ (sejuk beku).

“Daging itu dirampas kerana tidak mempunyai permit import sah daripada Maqis dan ia menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Di bawah akta ini tiada seorang pun boleh mengimport apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan.

”Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Daging yang dirampas kerana tidak mempunyai permit import sah daripada Maqis.
Daging yang dirampas kerana tidak mempunyai permit import sah daripada Maqis.

Katanya, pihak Maqis sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan bagi keluaran pertanian yang diimport ke negara ini supaya setiap keluaran pertanian tersebut tiada perosak, penyakit dan mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan.

Artikel Berkaitan: