Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir

Kenyataan dimuatnaik Jakim dalam Facebook pada Selasa.
Kenyataan dimuatnaik Jakim dalam Facebook pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan tidak mengeluarkan sijil halal untuk produk sabun daripada bahan berasaskan khinzir yang tular di media sosial.

Bahagian Pengurusan Halal Jakim mengambil maklum keresahan orang ramai berhubung video pembuatan sabun daripada bahan berasaskan khinzir yang tular di media sosial pada masa ini.

"Produk berkenaan tidak dipersijilkan halal oleh Jakim. Produk berkenaan juga tidak memaparkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh Jakim.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memilih produk yang dipersijilkan halal oleh Jakim atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial menunjukkan pembuatan sabun di sebuah kilang yang didakwa menggunakan bahan berasaskan khinzir.

Justeru, Jakim menasihatkan pengguna supaya lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih produk dengan menyemak label dan kandungan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jakim menegaskan tidak mengeluarkan sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir yang tular di media sosial
  • Bahagian Pengurusan Halal Jakim mengambil maklum keresahan masyarakat berkenaan video sabun berasaskan khinzir
  • Produk berkenaan tidak memaparkan logo halal dari mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jakim
  • Masyarakat dinasihatkan memilih produk bersijil halal dari Jakim atau badan pensijilan yang diiktiraf
  • Jakim menasihatkan pengguna supaya berwaspada dan menyemak label produk sebelum membeli

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!