Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag

KOTA KINABALU - Mohd Ismail Ayob yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hari ini.
Mohd Ismail, 44, yang memenangi kerusi DUN Lamag pada 24 Januari lepas mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya.
Pada PRK berkenaan, Mohd Ismail yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 7,269 undi menewaskan Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan yang meraih 1,588 undi.
Mohd Ismail atau lebih dikenali Miha, sebelum ini adalah calon Bebas di DUN Lamag dan muncul pencabar terkuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lepas.
Pada PRN Sabah, Mohd Ismail kekurangan 153 undi di belakang penyandang ketika itu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memperoleh 3,908 undi.
PRK Dun Lamag diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kinabatangan yang turut dimenangi BN menerusi Mohd Kurniawan Naim Moktar.
Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian Bung Moktar pada 5 Disember lepas. - Bernama
Ringkasan AI
- Mohd Ismail Ayob memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Lamag dan mengangkat sumpah sebagai ADUN Sabah
- Ismail mewakili Barisan Nasional dengan memperoleh 7,269 undi menewaskan calon Warisan
- Sebelum ini Ismail adalah calon Bebas di DUN Lamag dan pencabar terkuat dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu
- Pada PRN tersebut, beliau ketinggalan 153 undi daripada penyandang, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin
- PRK Dun Lamag berlangsung serentak dengan PRK Parlimen Kinabatangan susulan kematian Bung Moktar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
