Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Mydin lancar kempen Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal

10 Februari 2026 | VIDEO
A
A
A

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memperuntukkan lebih RM10 juta untuk menjayakan kempen Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat ketika musim perayaan.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, menerusi kempen itu, pihaknya  menawarkan harga berpatutan dengan pelbagai promosi menarik termasuk baju Melayu dan baju kurung pada harga serendah RM30.

Selain itu, program inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Mydin diteruskan menerusi Kotak SARA Rahmah bernilai RM100 yang membolehkan pelanggan menyumbang barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan melalui konsep beli dan derma.