Mayat lelaki reput ditemui di rumah kosong

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Satu mayat lelaki ditemui dalam keadaan mereput di sebuah rumah kosong di Jalan Dusun, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam yang lalu di kawasan berkenaan pada 10.30 pagi tadi.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat itu dan pemeriksaan awal forensik mendapati mangsa meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu berdasarkan keadaan mayat,” katanya kepada pemberita, di lokasi kejadian di sini.

Menurutnya pemeriksaan awal juga menemukan kesan luka pada badan mangsa namun polis masih belum dapat mengenal pasti punca kematian.

“Pihak polis ada menerima laporan kehilangan orang, namun buat masa kini kita masih belum dapat mengaitkan dengan laporan tersebut,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: