Isteri boleh bantu pemain United berlatih jaringkan gol

Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menggesa isteri kepada setiap pemain United memainkan peranan membantu suami mereka berlatih menjaringkan gol ketika menjalani latihan di rumah.

Wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia ketika ini menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL) terpaksa ditangguhkan sehingga 30 April dan semua pemain termasuk skuad United hanya menjalani latihan di rumah.

Solskjaer dalam satu kenyataan rasmi di laman sesawang kelab itu meminta semua pemain meneruskan latihan seperti biasa termasuk menajamkan kemahiran menjaringkan gol.

Sambil berseloroh, pengendali kelahiran Norway itu mahu para isteri turut membantu dalam sesi latihan itu dengan memberikan umpanan atau hantaran bola kepada suami mereka.

"Para pemain telah menerima program individu dan mempunyai diet sendiri. Masa ini boleh digunakan oleh mereka untuk berlatih dengan spesifik peranan serta tugas mereka di atas padang.

"Saya pernah berada di taman bersama anak-anak berlatih menjaringkn gol. Semua penyerang dan pemain perlu berlatih memperkemaskan gerakan dan penyudah gol mereka.

"Sebahagian besar pemain mempunyai fasiliti dan halaman rumah yang besar, sesuai untuk mereka berlatih. Semoga isteri mereka juga boleh membantu dengan memberikan umpanan dan hantaran," katanya.

Dalam pada itu, Solskjaer juga memberitahu kerap menghubungi pemain dan staf menerusi telefon untuk mengetahui perkembangan latihan.

Artikel Berkaitan:

"Untuk hanya berhubung menggunakan telefon sesuatu yang jangal buat saya sebab sudah terbiasa melatih mereka berdepan.

"Namun, inilah perkara yang baik buat masa sekarang dengan teknologi dan kami bertuah keranaboleh berhubung dan melihat antara satu sama lain, menghantar pesanan ringkas dan memberi maklum balas dengan pantas," katanya.