Malaysia akan terus berada pada landasan pertumbuhan positif - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus berada pada landasan pertumbuhan yang positif, iaitu berdaya tahan, inklusif dan ditadbir dengan integriti.
Beliau berkata, negara hari ini berada pada landasan yang lebih kukuh, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berkembang kira-kira 4.9 peratus pada 2025 manakala inflasi terkawal pada 1.6 peratus.
"Keyakinan pelaburan kembali meningkat selepas Malaysia berada pada kedudukan lebih kukuh, dengan KDNK dijangka berkembang dan inflasi terkawal - petunjuk positif mengenai pengurusan fiskal yang berdisiplin dan langkah kerajaan lebih tegas dalam tadbir urus,” kata beliau dalam ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia 2026 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. - Bernama
Ringkasan AI
- Malaysia akan terus berada pada landasan pertumbuhan yang positif
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan ekonomi ditadbir dengan integriti
- KDNK dijangka berkembang kira-kira 4.9 peratus pada 2025
- Inflasi dijangka terkawal pada 1.6 peratus
- Keyakinan pelaburan meningkat dengan pengurusan fiskal yang berdisiplin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
