Campur tangan insurans dalam rawatan pesakit bercanggah undang-undang - Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly.
Dr Dzulkefly.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh menggugat kebebasan pengamal perubatan dalam melaksanakan tanggungjawab merawat pesakit boleh ditafsirkan sebagai tidak konsisten dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dipandang serius susulan kebimbangan berhubung campur tangan pengendali insurans, takaful dan pentadbir pihak ketiga (TPA) dalam pengurusan rawatan yang berpotensi mempengaruhi keputusan klinikal doktor di hospital swasta.

Beliau berkata, sebarang bentuk campur tangan sedemikian bercanggah dengan peruntukan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) yang menjamin tanggungjawab profesional pengamal perubatan dalam memberikan rawatan kepada pesakit.

"KKM memainkan peranan aktif menerusi Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC), sebuah platform melibatkan pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, wakil syarikat insurans, pengendali takaful dan TPA bagi membincangkan serta mencari penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan.

"Ia sebuah jawatankuasa untuk membincangkan serta mencari penyelesaian tuntas bagi usaha-usaha yang dibangkitkan bersama pemegang taruh,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Kesihatan menegaskan tindakan menggugat kebebasan pengamal perubatan adalah tidak konsisten dengan undang-undang
  • Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan kebimbangan tentang campur tangan insurans dan TPA dalam rawatan di hospital swasta
  • Campur tangan sedemikian bercanggah dengan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang menjamin tanggungjawab profesional pengamal perubatan
  • KKM memainkan peranan aktif melalui Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC) untuk membincangkan dan mencari penyelesaian terhadap isu campur tangan
  • Jawatankuasa GMC melibatkan pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!