Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih

Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah rumah dipercayai dibunuh kekasihnya.
Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah rumah dipercayai dibunuh kekasihnya.
A
A
A

BATU PAHAT - Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah rumah di Taman Damai II di sini, pada awal pagi Jumaat. 

Mayat wanita berusia 41 tahun itu ditemukan anggota polis hasil serbuan yang dilakukan ke rumah teres dua tingkat itu pada jam 1 pagi.

Ketika serbuan dijalankan, polis menemukan wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu, manakala suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa cedera di leher dan lengan kiri disyaki akibat tindakan sendiri.

Suspek berusia 44 tahun disyaki membunuh mangsa pada pagi Selasa lalu sehinggalah polis menemukan mayatnya awal pagi tadi.

Difahamkan, sebelum penemuan mayat itu, abang mangsa membuat laporan polis apabila adik perempuannya itu tidak pulang ke rumah sejak beberapa lalu.

Suspek yang juga penganggur kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita terbabit.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Prosiding reman ke atas suspek dijalankan di HSNI susulan lelaki itu menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, tinjauan ke rumah didiami mangsa dan suspek mendapati, keadaannya sunyi selain polis memasang pita larangan masuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

 

Ringkasan AI

  • Misteri kehilangan wanita berusia 41 tahun di Batu Pahat terjawab apabila mayatnya ditemukan di rumah Taman Damai II
  • Mayat ditemukan anggota polis hasil serbuan pada jam 1 pagi, suspek pula cedera disyaki akibat tindakan sendiri
  • Suspek berusia 44 tahun didakwa membunuh mangsa dan ditahan untuk dibawa ke hospital untuk rawatan
  • Abang mangsa membuat laporan polis sebelum penemuan mayat adiknya
  • Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!