Dr Jemilah Mahmood dilantik Penasihat Khas PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan surat pelantikan sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri mengenai Penasihat Kesihatan Awam kepada Tan Sri Dr Jemilah Mahmood di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam.

"Beliau bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan bidang kesihatan," kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini.

Dr Jemilah berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Beliau sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Beliau dipilih sebagai pemenang ASEAN Prize 2019 iaitu anugerah berprestij rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.

Dr Jemilah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). - Bernama

Artikel Berkaitan: