AS-Iran berunding senyap-senyap

TEHERAN - "Rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) telah mencapai kemajuan."
Kenyataan itu dibuat Ketua Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani kira-kira seminggu selepas armada musuh 'bersiap siaga' di perairan Asia Barat.
"Ia bertentangan dengan gembar-gembur perang media yang direka untuk memanaskan lagi isu tersebut. Proses untuk perbincangan sedang berlangsung secara positif," jelasnya.
Perkembangan itu turut disahkan Presiden Donald Trump, namun beliau tidak memperincikan butirannya.
Sementara itu, Kementerian Luar Qatar mengesahkan Perdana Menteri, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani telah mengadakan pertemuan dengan Larijani sebagai usaha meredakan konfrontasi yang dikhuatiri menggugat kestabilan di rantau berkenaan.
Sebelum ini, Teheran memaklumkan ia bersedia untuk terlibat rundingan nuklear seperti didesak AS selagi keupayaan misil dan pertahanan mereka tidak terkandung dalam agenda utama perbincangan tersebut. - AFP
Ringkasan AI
- Rundingan bersama Amerika Syarikat telah mencapai kemajuan
- Kenyataan dibuat oleh Ketua Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani
- Presiden Donald Trump mengesahkan perkembangan positif tanpa memperincikan
- Perdana Menteri Qatar bertemu Larijani sebagai usaha meredakan konfrontasi
- Iran bersedia untuk rundingan nuklear selagi keupayaan misil dan pertahanan tidak dalam agenda utama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

