Al-Quran Braille jadi 'teman' pendamping

Nurul Hidayah meluangkan hampir 10 jam setiap hari untuk membaca dan menghafal menerusi al-Quran Braille.
Nurul Hidayah meluangkan hampir 10 jam setiap hari untuk membaca dan menghafal menerusi al-Quran Braille.
A
A
A

JERANTUT – Sudah satu kebiasaan bagi insan istimewa ini menjadikan al-Quran Braille sebagai 'teman' pendamping dengan meluangkan hampir 10 jam setiap hari untuk membaca dan menghafal.

Nurul Hidayah Shahidan, 26, mengakui rutin 'hubungan' dengan al-Quran bermula seawal jam 3 pagi.

"Boleh dikatakan rutin itu 'wajib' tanpa terkecuali dalam kehidupan seharian dan kerana itu juga naskhah al-Quran Braille yang digunakan terpaksa ditukar beberapa kali kerana tulisannya 'rosak' akibat geseran jari yang terlalu kerap.

"Pernah naskah al-Quran Braille baru guna tiga atau empat bulan terpaksa tukar baharu kerana tulisan berbentuk titik-titik timbul pada kertas hilang sehingga sukar dan mengganggu bacaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nurul Hidayah, tulisan rosak atau sudah tidak sempurna akan mengelirukan dan mengganggu bacaan.

"Ia mesti diganti bagi memastikan kualiti bacaan serta hafalan sentiasa terjaga," katanya.

Berkat menjadikan al-Quran sebagai pendamping hidup, anak tukang rumah itu kini berjaya menghafal 16 juzuk al-Quran, manakala baki 14 juzuk akan cuba disempurnakan tahun ini.

Dalam pada itu, dengan kemahirannya membaca al-Quran Braille, Nurul Hidayah menggunakan masa terluang membuka kelas mengaji secara dalam talian untuk membantu golongan senasib.

"Alhamdulillah, saya dapat berkongsi ilmu mengajar dan membimbing mereka untuk mengenal huruf al-Quran Braille dan membacanya,” katanya yang juga tenaga pengajar al-Quran Braille di Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) cawangan Pahang sejak awal tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Nurul Hidayah Shahidan menghabiskan hampir 10 jam setiap hari membaca dan menghafal al-Quran Braille
  • Rutin membaca al-Quran bermula seawal jam 3 pagi setiap hari
  • Naskhah al-Quran Braille terpaksa ditukar berkali-kali kerana tulisan titik-titik timbul hilang akibat geseran jari
  • Berjaya menghafal 16 juzuk al-Quran dan berhasrat menyempurnakan baki 14 juzuk dalam tahun ini
  • Membuka kelas mengaji al-Quran Braille secara dalam talian untuk golongan senasib dan mengajar di PERTIS cawangan Pahang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!