Kes e-waste: Empat termasuk KP, TKP alam sekitar direman

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan seorang Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan e-waste - Foto: Bernama
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan seorang Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan e-waste - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan seorang Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elekrik dan elektronik (e-waste).

Seorang lagi orang awam turut direman tiga hari hingga Ahad berhubung siasatan sama.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Terdahulu, keempat-empat individu yang lengkap berpakaian lokap warna jingga dan bergari itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM.

Media melaporkan kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan, siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu semalam memaklumkan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau berkata, SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.

Kes disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar serta Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar direman tujuh hari untuk siasatan pengurusan sisa e-waste
  • Seorang orang awam direman tiga hari bagi siasatan sama
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah atas permohonan SPRM
  • Empat individu berpakaian lokap tiba di mahkamah diiringi pegawai SPRM
  • Siasatan SPRM menumpukan pada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam pengurusan e-waste

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!