Warga emas usia 80-an pandu kereta lawan arus di lebuh raya jam 1 pagi

Rakaman video tular memaparkan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga emas melawan arus di lebuh raya di sini pada Jumaat.
Rakaman video tular memaparkan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga emas melawan arus di lebuh raya di sini pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki warga emas yang memandu kereta melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian itu dikesan selepas satu rakaman video tular di aplikasi TikTok pada jam 10.30 pagi, Jumaat.

“Hasil siasatan mendapati insiden berlaku pada pada jam 1 pagi, hari sama, sepasukan anggota berjaya mengesan dan menahan pemandu kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

M Hussin Sollehuddin berkata, semakan mendapati lelaki berusia 80-an itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

"Tiindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemandu yang bertindak membahayakan pengguna jalan lain," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki warga emas yang memandu kereta melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan
  • Kejadian itu dikesan melalui video yang tular di TikTok
  • Insiden berlaku pada jam 1 pagi dan pemandu berjaya ditahan
  • Lelaki berusia 80-an itu tidak mempunyai rekod lampau
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!