Polis bongkar sindiket jadikan 'homestay' tempat simpan dadah, rampas syabu RM13 juta

Fadil (tiga dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Khamis.
Fadil (tiga dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan rumah inap desa atau homestay sebagai tempat penyimpanan dadah terbongkar susulan tangkapan empat lelaki tempatan di Segambut, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menahan empat suspek berusia 23 hingga 32 tahun dalam serbuan pada jam 7 petang.

"Kita telah menahan tiga suspek di rumah berkenaan, hasil pemeriksaan kita menjumpai 13 guni mengandungi 250 bungkusan plastik teh yang berisi dadah disyaki syabu.

"Anggaran berat keseluruhan dadah dirampas 261 kilogram yang bernilai RM13 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Fadil berkata, seorang lagi suspek ditahan berhampiran rumah inap desa itu.

"Modus operandi sindiket yang aktif sejak enam bulan lalu itu adalah menyewa rumah inap desa dalam tempoh empat hari dengan bayaran RM200 sehari.

"Mereka kemudian mengedar peket dadah kecil secara mobil dengan menggunakan kenderaan untuk pasaran tempatan dan kelab malam," katanya.

Tambahnya, polis turut menyita wang tunai RM100 dan dua buah kenderaan iaitu Perodua Alza dan Toyota Vellfire yang didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

"Semakan lanjut mendapati tiga suspek memiliki rekod lampau, kesemua suspek direman seminggu bermula 28 Januari hingga 3 Februari.

Artikel Berkaitan:

'Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Ringkasan AI

  • Sindiket pengedaran dadah menggunakan homestay untuk simpan dadah terbongkar di Segambut
  • Empat lelaki tempatan ditahan dalam serbuan jam 7 petang
  • Ditemui 13 guni dengan 250 bungkusan teh berisi dadah syabu bernilai RM13 juta
  • Sindiket sewa homestay empat hari, guna kenderaan bawa dadah ke pasar tempatan dan kelab malam
  • Tiga suspek ada rekod lampau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!