Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi naik 2 sen, diesel naik 4 sen

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat dua sen masing-masing kepada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh 22-28 Januari 2026.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga diesel di Semenanjung Malaysia juga dinaikkan empat sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh sama manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi Madani (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.
"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Ringkasan AI
- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi meningkat dua sen seliter
- Harga diesel di Semenanjung Malaysia naik empat sen seliter
- Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal
- Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi Madani kekal pada RM1.99 seliter
- Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
