Penunggang motosikal cedera gerai burger jatuh dari lori

Tangkap layar rakaman video papan pemuka kejadian tersebut tular di Facebook pada 27 Januari lalu, memaparkan gerai burger terjatuh dari lori sebelum terkena pengguna jalan raya di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting, Taiping.
Tangkap layar rakaman video papan pemuka kejadian tersebut tular di Facebook pada 27 Januari lalu, memaparkan gerai burger terjatuh dari lori sebelum terkena pengguna jalan raya di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting, Taiping.
A
A
A

TAIPING – Seorang penunggang motosikal cedera selepas sebuah gerai burger yang ditunda sebuah lori terjatuh ke atas jalan raya dalam satu kemalangan di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 20 Januari lalu kira-kira jam 3.30 petang ketika sebuah lori Hino yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun sedang menunda sebuah warung burger dalam perjalanan dari Taiping menghala ke Kamunting.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori tersebut dipercayai hilang kawalan menyebabkan warung burger berkenaan terjatuh ke atas jalan raya sebelum menghempap sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 28 tahun serta sebuah kereta jenis Proton Saga FL yang dipandu wanita Melayu berusia 34 tahun.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi, leher serta luka pada tangan dan kaki, sebelum menerima rawatan di Hospital Taiping.

"Bagaimanapun, pemandu kereta Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Abdul Malek berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 92 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959).

Sebelum ini, satu rakaman video papan pemuka kejadian tersebut tular di media sosial Facebook pada 27 Januari lalu, memaparkan detik gerai burger terjatuh dari lori sebelum terkena pengguna jalan raya di lokasi kejadian.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penunggang motosikal cedera selepas gerai burger terjatuh ke atas jalan raya
  • Kecelakaan berlaku pada 20 Januari jam 3.30 petang di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting
  • Lori yang menunda gerai burger hilang kawalan sebelum gerai tersebut menghempap motosikal dan kereta Proton Saga
  • Penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Taiping
  • Kes disiasat di bawah Peraturan 92 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!