Keputusan CAS: FIFA maklum ahli bersekutu - FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
A
A
A

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu serta konfederasi berkaitan supaya menangguhkan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya di peringkat domestik dan benua dengan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya pada Selasa.

"Dilampirkan adalah maklum balas daripada FIFA berkenaan keputusan CAS untuk membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

"FIFA telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu dan konfederasi yang berkenaan untuk menangguh penggantungan terhadap tujuh pemain ini pada peringkat domestik dan benua secara serta-merta,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, FAM memaklumkan bahawa CAS telah membenarkan tujuh pemain warisan terbabit yang sebelum ini digantung untuk kembali beraksi selepas permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan mereka diterima. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • FIFA telah memaklumkan untuk menangguhkan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya
  • Makluman tersebut diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia melalui Facebook
  • Keputusan ini susulan dari keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan
  • Tujuh pemain tersebut adalah Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel
  • CAS membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan oleh pemain-pemain tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!