Penghantar barang dipenjara 25 hari, denda RM3,000

Tertuduh dipenjara 25 hari dan didenda RM3,000 kerana menghalang tugas penjawat awam.
Tertuduh dipenjara 25 hari dan didenda RM3,000 kerana menghalang tugas penjawat awam.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang penghantar barang dihukum penjara 25 hari dan didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini selepas mengaku salah atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh, Mohd Zahurin Abu Bakar, 38, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sukarela menghalang seorang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya di hadapan Klinik Kesihatan Juasseh, Kilometer 9, Kuala Pilah, pada 27 Mac lalu jam 3.40 petang

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama 25 hari bermula dari tarikh tertuduh ditahan dan denda RM3,000 sekiranya gagal menjelaskan denda boleh dipenjara satu bulan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman.

Artikel Berkaitan: