Tun M nikmati coklat ais pada 'outing' pertama dari IJN

SHAH ALAM - Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan stabil apabila beliau dibawa keluar seketika oleh pegawai perubatan Institut Jantung Negara (IJN) ke sebuah kafe di sebuah pusat beli-belah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Selasa.
Jurucakapnya, Sufi Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib serta pegawai-pegawai perubatan IJN dan menghabiskan masa kira-kira 40 minit di lokasi berkenaan.
Menurutnya, Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas cokelat ais, sekali gus menjadi ‘outing’ pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu bagi rawatan dan pemulihan

"Dr Mahathir yang memilih untuk menikmati segelas ‘ice chocolate’ bagi ‘outing’ pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6hb Januari bagi rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines yang mengakibatkan tulang pinggul kanan beliau patah, " ujar Sufi dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sufi berkata, Dr Mahathir kemudiannya dibawa semula ke IJN dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah kerana perlu meneruskan rawatan di institut berkenaan.
Tambahnya, lawatan ke atas bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun masih terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja.
Ringkasan AI
- Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad stabil sewaktu dibawa keluar seketika oleh pegawai perubatan ke sebuah kafe di Pavilion, Bukit Damansara
- Beliau ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah, Ketua Pegawai Eksekutif IJN serta pegawai-pegawai perubatan dan menghabiskan masa kira-kira 40 minit di lokasi
- Ini merupakan 'outing' pertama Dr Mahathir sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari bagi rawatan dan pemulihan
- Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas 'ice chocolate' ketika outing tersebut
- Beliau masih belum dibenarkan pulang ke rumah dan perlu meneruskan rawatan di IJN, dengan kunjungan terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

