Perancis ikut Australia larang remaja bawah 15 tahun guna media sosial

Perhimpunan Kebangsaan Perancis meluluskan RUU untuk melarang akses media sosial terhadap remaja di bawah usia 15 tahun.
Perhimpunan Kebangsaan Perancis meluluskan RUU untuk melarang akses media sosial terhadap remaja di bawah usia 15 tahun.
A
A
A

PARIS - Perhimpunan Kebangsaan Perancis meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk melarang akses media sosial terhadap remaja di bawah usia 15 tahun.

Langkah diperjuangkan Presiden Emmanuel Macron sebagai usaha melindungi golongan tersebut daripada masa penggunaan skrin secara berlebihan itu meraih 130 undi sokongan manakala 21 menolak ketika sesi yang berlangsung hingga awal pagi Selasa.

Ia bakal dibentangkan ke Senat untuk diluluskan sebelum menjadi undang-undang secara rasmi.

RUU yang turut memperuntukkan larangan telefon bimbit di sekolah tinggi itu akan menjadikan Perancis sebagai negara kedua mengambil tindakan tegas sedemikian selepas Australia melaksanakan undang-undang serupa pada Disember lalu.

Bekas Perdana Menteri, Gabriel Attal yang memimpin Parti Renaissance berharap Senat akan memberi lampu hijau terhadap RUU seawal pertengahan Februari bagi memastikan ia dapat dilaksanakan menjelang 1 September depan.

"Platform media sosial diberi tempoh hingga 31 Disember 2026 untuk menyahaktifkan akaun sedia ada yang tidak mematuhi had umur ditetapkan," katanya. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perhimpunan Kebangsaan Perancis meluluskan RUU melarang akses media sosial bagi remaja bawah usia 15 tahun
  • Langkah ini diperjuangkan oleh Presiden Emmanuel Macron untuk melindungi golongan remaja dari penggunaan skrin berlebihan
  • RUU tersebut akan dibentangkan ke Senat sebelum menjadi undang-undang
  • Perancis akan menjadi negara kedua mengambil tindakan tegas ini selepas Australia
  • Platform media sosial diberi tempoh hingga 31 Disember 2026 untuk menyahaktifkan akaun yang tidak mematuhi had umur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!