Gempa susulan 5.1 magnitud landa Cebu

Pasukan penyelamat mencari tiga orang yang dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan di Bogo City pada Rabu selepas gempa bumi kuat 6.9 magnitud menggegarkan tengah Filipina - Foto: AFP
Pasukan penyelamat mencari tiga orang yang dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan di Bogo City pada Rabu selepas gempa bumi kuat 6.9 magnitud menggegarkan tengah Filipina - Foto: AFP
A
A
A

MANILA - Gempa bumi bermagnitud 5.1 menggegarkan Bogo City di Cebu pada awal pagi Jumaat, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Gempa bumi tektonik itu berlaku 18 kilometer timur laut Bogo City pada 5.39 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita Filipina (PNA).

Phivolcs berkata gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu merupakan gempa susulan daripada gempa bumi bermagnitud 6.9 yang melanda perairan berhampiran pulau Cebu di tengah Filipina pada 30 Sept lepas.

Tiada kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi bermagnitud 5.1 itu. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gempa bumi bermagnitud 5.1 menggegarkan Bogo City di Cebu awal pagi Jumaat
  • Berlaku 18 kilometer timur laut Bogo City pada 5.39 pagi waktu tempatan
  • Dilaporkan oleh Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs)
  • Merupakan gempa susulan daripada gempa bumi bermagnitud 6.9 pada 30 Sept
  • Tiada kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!