Anak Allahyarham Bung Moktar angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat

Mohd Kurniawan Naim mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat yang baharu pada Selasa.
Mohd Kurniawan Naim mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat yang baharu pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Selasa.

Majlis angkat sumpah anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Mohd Kurniawan Naim, 32, menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan pada Sabtu lalu mewakili Barisan Nasional (BN) yang sekali gus mempertahankan kerusi disandang bapanya sejak 1999.

Beliau meraih majoriti 14,214 undi, menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman daripada parti Warisan dan Goldam Hamid (Bebas).

PRK Kinabatangan diadakan serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan kematian Bung Moktar pada 5 Disember lalu.

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mohd Kurniawan Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat
  • Majlis angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul
  • Mohd Kurniawan Naim, mewakili Barisan Nasional, menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan
  • Beliau meraih majoriti 14,214 undi
  • PRK Kinabatangan diadakan susulan kematian bapanya, Bung Moktar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!