Wanita sunyi lahir anak pada usia 59 tahun

Zou melahirkan cahaya mata baharu pada usia 59 tahun. - Agensi
Zou melahirkan cahaya mata baharu pada usia 59 tahun. - Agensi
A
A
A

SHANGHAI – Rasa sunyi akibat sindrom ‘empty nest’ mendorong seorang wanita berusia 59 tahun di China untuk kembali menimang cahaya mata selepas anak perempuannya berkahwin dan tinggal di luar negara.

Media tempatan melaporkan wanita dikenali sebagai Zou itu mengakui mula berdepan kekosongan emosi sejak dua tahun lalu, sebelum membuat keputusan untuk memiliki zuriat kedua.

"Memandangkan anak perempuan sulung saya tinggal di luar negara, saya dan suami sering berasa sunyi," katanya.

Bermula daripada perubahan diet dan gaya hidup sehingga menjalani persenyawaan in-vitro (IVF), Zou akhirnya disahkan hamil sekali gus membawa sinar baharu dalam keluarganya.

Bagaimanapun, pemantauan rapi diperlukan memandangkan usianya yang lanjut kerana kehamilan lewat usia 35 tahun berisiko menghadapi komplikasi seperti diabetes gestasi, preeklampsia dan kelainan genetik.

Sepanjang kehamilan, Zou turut mengalami tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang serta bengkak kaki sebelum doktor memutuskan pembedahan caesarean perlu dilakukan pada usia kandungan 33 minggu.

Bayi lelaki itu dilahirkan pada 9 Januari lalu di sebuah hospital di Suzhou dengan berat melebihi 2 kilogram dan kini dilaporkan stabil selepas ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

"Saya sangat sebak ketika melihat bayi saya, tangisannya kuat," luah Zou.

Media tempatan melaporkan kelahiran itu bukan sahaja mengubah rutin pasangan tersebut, malah menamatkan rasa sunyi yang menghantui keluarga kecil itu selama ini.

Artikel Berkaitan:

Kelahiran bayi seberat 2.2 kilogram (kg) menjadikan Zou sebagai wanita hamil paling berusia di bandar itu.

Ringkasan AI

  • Wanita berusia 59 tahun di China hamil selepas anaknya berkahwin dan tinggal di luar negara
  • Mengalami kekosongan emosi, wanita tersebut memutuskan untuk memiliki zuriat kedua melalui IVF
  • Kehamilan memerlukan pemantauan rapi disebabkan risiko komplikasi akibat usia lanjut
  • Bayi lelaki dilahirkan prematur pada usia kandungan 33 minggu melalui pembedahan caesarean
  • Kelahiran menamatkan rasa sunyi dalam keluarga dan menjadikan Zou wanita hamil paling berusia di bandarnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!