Ibu kejam belah perut anak sarat hamil hidup-hidup

LANSING - Seorang wanita yang sarat hamil menjadi mangsa pembunuhan kejam ibu kandung dan bapa tirinya.
Jasad mangsa dikenali sebagai Rebecca Park tanpa kandungannya ditemui di sebuah hutan berhampiran Hutan Negara Manistee berhampiran tepi Tasik Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 25 November lalu.
Siasatan pihak berkuasa akhirnya membawa kepada penahanan ibunya, Cortney Bartholomew, 40, dan Bradley yang kini berdepan beberapa pertuduhan termasuk membunuh.
Operasi menjejaki Rebecca dilancarkan beberapa hari selepas wanita malang itu dilaporkan hilang.
"Mangsa yang sedang hamil 38 minggu berkunjung ke rumah pasangan itu di Boon pada awal November. Susulan penemuan mayatnya dalam keadaan mengerikan, kedua-dua suspek telah ditahan polis.
"Cortney bertindak kejam membelah perut anaknya sendiri dalam keadaan mangsa masih hidup setelah menikamnya. Ia jelas satu pembunuhan terancang.
"Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu telah membunuh mangsa bersama bayinya. Jasad Rebecca kemudiannya ditinggalkan di hutan," kata Pendakwa Raya Daerah Wexford, Johanna Carey.
Cortney mengaku dia menggunakan pisau bedah untuk mengeluarkan janin tersebut atas alasan mahu menyelamatkannya dan memberikan bayi tersebut kepada tunang anaknya.
Bradly pula mendakwa seluruh rancangan pembunuhan itu dibuat isterinya kerana didorong keinginan yang mahukan lebih ramai anak.
Difahamkan, pasangan itu tidak boleh mengambil anak angkat kerana mempunyai rekod sebagai pesalah seks.
Ringkasan AI
- Seorang wanita hamil menjadi mangsa pembunuhan oleh ibu kandung dan bapa tiri
- Jasad mangsa, Rebecca Park ditemui tanpa kandungan di hutan berhampiran Tasik Michigan, AS
- Cortney Bartholomew dan Bradley ditahan polis atas beberapa pertuduhan termasuk pembunuhan
- Rebecca Park dikunjungi ibu dan bapa tirinya sebelum dilaporkan hilang
- Cortney mengaku menyelamatkan janin dengan pisau bedah, Bradly mendakwa rancangan isterinya kerana ingin lebih banyak anak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

