Ayah pukul anak perempuan hingga mati kerana gagal mengira hingga 50

Suspek telah ditahan polis Faridabad untuk siasatan lanjut. Foto Agensi
Suspek telah ditahan polis Faridabad untuk siasatan lanjut. Foto Agensi
A
A
A

FARIDABAD - Seorang lelaki di Faridabad, Haryana, India didakwa menumbuk dan memukul anak perempuannya yang berusia empat tahun hingga mati hanya kerana mangsa gagal mengira sehingga 50 semasa dia diajar di rumah.

Kejadian berlaku pada 21 Januari lalu apabila suspek mengajar anaknya di rumah.

Menurut polis, suspek berang selepas anaknya gagal mencapai sasaran pengiraan, lalu memukul gadis itu sehingga tidak sedarkan diri.

Beberapa minit kemudian, suspek membawa mangsa ke sebuah hospital kerajaan berhampiran, di mana doktor mengesahkan kematian kanak-kanak itu.

Untuk menutup jenayahnya, suspek memberitahu isterinya bahawa anak mereka meninggal dunia akibat terjatuh dari tangga ketika bermain.

Namun, apabila isterinya tiba di hospital, dia menyedari beberapa kecederaan pada tubuh anaknya yang mencurigakan. Isterinya segera membuat laporan polis.

Polis kemudian menyoal siasat suspek, yang mengaku melakukan jenayah tersebut.

Suspek berkata, kerana anaknya tidak bersekolah, dia mengajar sendiri di rumah.

Marah kerana anaknya tidak mampu mengira sehingga 50, dia bertindak memukul anaknya hingga mati.

Artikel Berkaitan:

Pasangan itu bekerja di sebuah syarikat swasta dan telah tinggal di rumah sewa di Kampung Jharsentali, Faridabad, selama beberapa tahun.

Mereka mempunyai tiga orang anak, seorang lelaki berusia tujuh tahun, seorang perempuan berusia dua tahun dan mangsa yang berusia empat tahun.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan pendakwaan di bawah undang-undang yang berkaitan.

Polis masih mengumpul bukti tambahan untuk memastikan kes ini dibawa ke mahkamah. - Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Faridabad, India, didakwa membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun kerana gagal mengira hingga 50
  • Kejadian berlaku pada 21 Januari ketika mengajar anaknya di rumah
  • Anak itu dipukul hingga tidak sedarkan diri dan disahkan mati di hospital
  • Suspek berusaha menutup jenayah dengan beritahu isteri anak meninggal akibat terjatuh
  • Polis menahan suspek untuk siasatan lanjut dan pendakwaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!