Bekas jaguh beregu negara Tan Yee Khan meninggal dunia pada usia 85 tahun

Pemergian Yee Khan disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada arena badminton negara.
Pemergian Yee Khan disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada arena badminton negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas jaguh badminton negara, Datuk Tan Yee Khan meninggal dunia hari ini pada usia 85 tahun.

Berita kematian legenda beregu itu yang pernah menjulang Piala Thomas 1967 di Jakarta disahkan Timbalan Presiden I, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V Subramaniam.

Subramaniam berkata, pemergian Yee Khan disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada arena badminton negara.

"Bagi pihak BAM, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Kita telah kehilangan seorang legenda yang merupakan antara pelopor badminton negara pada awal 1960-an,” katanya pada Isnin.

Subramaniam berkata, pencapaian serta dedikasi Yee Khan dalam sukan itu telah membuka laluan dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk menyerlah di pentas dunia.

Selain memenangi Piala Thomas edisi 1967, Yee Khan bersama gandingannya mendiang Datuk Ng Boon Bee dikenang sebagai antara beregu lelaki paling digeruni pada era 1960-an.

Pasangan itu memenangi pingat emas Sukan Asia (1962 dan 1966), juara All England (1965 dan 1966), Kejuaraan Asia pada 1965, emas Sukan SEA (1961, 1965 dan 1967) serta lima gelaran Terbuka Malaysia (1963, 1964, 1965, 1967 dan 1968). - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas jaguh badminton negara Datuk Tan Yee Khan meninggal dunia pada usia 85 tahun
  • Kematian Yee Khan diumumkan oleh Timbalan Presiden I Persatuan Badminton Malaysia, Datuk V. Subramaniam
  • Yee Khan disifatkan sebagai kehilangan besar kepada arena badminton negara
  • Beliau merupakan seorang legenda yang dianggap pelopor badminton negara pada awal 1960-an
  • Yee Khan bersama gandingannya mendiang Datuk Ng Boon Bee merupakan antara beregu lelaki paling digeruni pada era 1960-an

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!