Centric Bazaar bawakan kemeriahan bazar Ramadan eksklusif dalam hotel

Chef Mumu menunjukkan tarikan utama Centric Bazaar yang menampilkan hidangan ikonik, dekat dengan selera dan budaya masyarakat Malaysia.
Chef Mumu menunjukkan tarikan utama Centric Bazaar yang menampilkan hidangan ikonik, dekat dengan selera dan budaya masyarakat Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana meriah bazar Ramadan kini dibawakan terus ke ruang eksklusif serba moden menerusi Centric Bazaar oleh Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur.

Menawarkan konsep bufet yang berbeza daripada kebiasaan, orang ramai yang mementingkan keselesaan dan tidak mahu berhimpit-himpit di tempat sesak boleh mengambil peluang merasai sendiri pengalaman di Centric Bazaar.

Chef de Cuisine Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, Chef Afiq Ghani yang juga dikenali sebagai Chef Mumu berkata, konsep Centric Bazaar menekankan nilai kebersamaan dan interaksi selari dengan semangat Ramadan itu sendiri.

"Berbuka puasa bukan sekadar tentang makanan. Ia tentang berkongsi masa, cerita dan pengalaman.

"Di Centric Bazaar, setiap cef berperanan menyampaikan bukan hanya rasa, tetapi juga kisah di sebalik hidangan,” katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kulinari.

Centric Bazaar membawa suasana bazar Ramadan ke dalam ruang berhawa dingin dan selesa.
Centric Bazaar membawa suasana bazar Ramadan ke dalam ruang berhawa dingin dan selesa.

Berlangsung dari 23 Februari hingga 13 Mac 2026, Centric Bazaar membawa suasana bazar Ramadan ke dalam ruang berhawa dingin dan selesa.

Sementara itu, Hyatt Centric CityCentre Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, Centric Bazaar menampilkan hidangan ikonik yang dekat dengan selera dan budaya masyarakat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Antara tarikan utama ialah Nasi Lamb Bokhary, hidangan nasi beraroma bersama kambing panggang yang dicipta khas untuk edisi pertama Centric Bazaar selain kari laksa dengan kuah santan berempah dan rendang daging yang cukup memikat rasa.

Bagi yang menggemari sajian lebih ringan, boleh mencuba kerabu sotong yang menyegarkan dan ais kacang klasik sebagai pelengkap manisan pengalaman berbuka.

Dalam masa sama, Centric Bazaar yang bertempat di SunRoom direka sebagai ruang berbuka lebih eksklusif dengan ruang had hanya untuk 120 orang sahaja bermula jam 6 petang hingga 10 malam.

Centric Bazaar turut menawarkan kemudahan bagi majlis berbuka korporat atau acara keluarga besar, menjadikan ia pilihan sesuai bagi mereka yang menginginkan suasana berbuka yang lebih peribadi, tersusun dan tidak sesak.

Harga early bird ditawarkan pada RM168+ seorang sehingga 9 Februari ini, manakala harga biasa ialah RM198+ seorang bermula 10 Februari nanti.

Kanak-kanak bawah 12 tahun menikmati diskaun 50 peratus.

Pemegang kad CIMB, Maybank dan Alliance pula layak menikmati promosi Beli 5, Percuma 1, tertakluk kepada satu tempahan berkumpulan yang disahkan.

Ringkasan AI

  • Centric Bazaar oleh Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur menawarkan konsep bufet Ramadan dalam ruang eksklusif dan selesa
  • Konsep Centric Bazaar adalah untuk mengutamakan nilai kebersamaan dan interaksi semasa berbuka puasa
  • Berlangsung dari 23 Februari hingga 13 Mac 2026, menampilkan hidangan ikonik Malaysia seperti Nasi Lamb Bokhary, kari laksa dan rendang daging
  • Centric Bazaar menyediakan suasana berbuka yang lebih peribadi dengan kapasiti 120 orang dan sesuai untuk acara korporat atau keluarga besar
  • Tawaran harga early bird adalah RM168+ seorang hingga 9 Februari, manakala harga biasa RM198+ seorang bermula 10 Februari ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!