Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.9665 berbanding dolar AS

Ringgit mempunyai potensi untuk terus meningkat.
Ringgit mempunyai potensi untuk terus meningkat.
A
A
A

RINGGIT meneruskan momentum meningkatnya diniagakan pada 3.9665 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari, yang merupakan paras tertinggi baharunya sejak merekodkan paras 3.9655 pada 22 Mei, 2018.

Awal hari ini, ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan itu mempunyai potensi untuk terus meningkat, dengan menyatakan purata kadar pertukaran ringgit dan dolar AS dari tempoh 21 Julai 2005 hingga hari ini adalah kira-kira 3.82 berbanding dolar AS.

"Ini disokong oleh tinjauan positif terhadap ekonomi Malaysia, terutamanya susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini," katanya. - Bernama 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ringgit mencapai paras tertinggi baharunya berbanding dolar AS sejak 22 Mei 2018
  • Kini diniagakan pada 3.9665 berbanding dolar AS
  • Purata kadar pertukaran ringgit dan dolar AS dari 21 Julai 2005 adalah kira-kira 3.82
  • Potensi ringgit untuk terus meningkat disokong oleh tinjauan positif ekonomi Malaysia
  • Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memberi impak positif

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!