[VIDEO] KKR wajibkan syarikat konsesi lantik audit luar

A
A
A

Alexander (empat dari kiri) dan Ahmad (dua dari kanan) melakukan gimik pecah tanah naik taraf jambatan Pontian Besar pada Isnin.
Alexander (empat dari kiri) dan Ahmad (dua dari kanan) melakukan gimik pecah tanah naik taraf jambatan Pontian Besar pada Isnin.

PONTIAN – Kementerian Kerja Raya (KKR) mewajibkan semua syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya melantik juruaudit luar sebagai syarat baharu konsesi yang dilantik.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan syarat baharu itu dijangka dalam masa terdekat dan melalui tempoh interim selama setahun bagi melihat keberkesanannya.

"Kita mensyaratkan pelantikan juruaudit luar baharu ini bagi memastikan sama ada mutu kerja penyelenggaraan jalan raya dan sebagainya adalah dalam tahap yang terbaik.

"Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada laporan seperti mana yang dulu. Ini penambahbaikan yang dibuat bagi memastikan kualiti jalan raya kita mengikut standard antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Penyerahan Projek Siap Jambatan Sungai Pontian Kechil di sini pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Alexander berkata, dalam tempoh interim itu, kementerian juga akan menilai dan memilih syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya yang akan disambung kontrak atau melantik syarikat baharu.

"Kita lihat ada kepentingan untuk melantik juruaudit luar supaya kita buat semak dan imbang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, penyerahan SST adalah bagi Projek Menaik Taraf dan Pelebaran Jambatan Pontian Besar yang menelan kos RM38.04 juta dan dijadualkan siap pada Januari 2029.

Jelasnya, projek tersebut melibatkan kerja pelebaran jambatan dari dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala serta kerja menaik taraf persimpangan.

"Pelaksanaan projek ini dijangka bakal melancarkan aliran trafik di samping menyediakan laluan yang selesa buat pengguna jalan raya," ujarnya.

Bagi projek jambatan Sungai Pontian Kecil pula ia merupakan salah satu projek yang diluluskan dibawah Program penggantian jambatan yang melibatkan Axle Load, sempit dan uzur.

Ringkasan AI

  • KKR mewajibkan syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya melantik juruaudit luar Pelaksanaan syarat baharu dijangka dalam masa terdekat dengan tempoh interim setahun Tujuan pelantikan juruaudit luar untuk memastikan mutu kerja penyelenggaraan jalan raya berada pada tahap terbaik Kementerian akan menilai dan memilih syarikat konsesi untuk sambungan kontrak atau pelantikan baru dalam tempoh interim Projek Menaik Taraf dan Pelebaran Jambatan Pontian Besar menelan kos RM38.04 juta dan dijadualkan siap pada Januari 2029

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!