Misteri objek terbang berbentuk segi tiga di ruang udara pangkalan tentera rahsia AS

NEVADA - Imej objek terbang misteri dirakamkan di ruang udara pangkalan tentera rahsia Amerika Syarikat (AS), Area 51.
Rakaman itu diambil seorang pengembara ketika dia berada di kawasan gurun Nevada tersebut pada 14 Januari lalu.
Anders Otteson mendakwa objek berbentuk segi tiga itu dikesan pada jam 3 pagi (waktu tempatan).
Pemburu objek terbang tidak dikenali (UFO) kemudiannya menggelar ia sebagai 'Dorito'.
"Ia muncul kira-kira dua jam selepas jet B-2 Spirit terbang di ruang udara sama. Objek itu tidak mempunyai sayap atau bahagian tepi ekor yang lebih rata.

"Adakah kita sedang menyaksikan ujian penerbangan rahsia? Saya pasti ada sesuatu yang menarik tentangnya atau ia mungkin pesawat baharu tentera," ujarnya.
Juruvideo itu juga mendakwa, dia pernah melibat objek berbentuk serupa di Wichita, Kansas dan Amarillo, Texas pada tahun 2014.
Sejak sekian lama, Area 51 menyimpan pelbagai rahsia hingga menimbulkan teori konspirasi tentang aktiviti makhluk asing di pangkalan tersebut.
Pada tahun lalu, menara misteri berbentuk segi tiga yang dirakamkan Google Earth di lokasi berkenaan telah menggusarkan pengguna media sosial yang mendakwa, ia mungkin 'teknologi makhluk asing'. - Agensi
Ringkasan AI
- Imej objek terbang misteri dirakamkan di ruang udara pangkalan tentera rahsia Amerika Syarikat, Area 51
- Rakaman itu diambil oleh seorang pengembara di kawasan gurun Nevada pada 14 Januari lalu
- Objek berbentuk segi tiga tersebut dikesan pada jam 3 pagi waktu tempatan
- Pemburu UFO menggelar objek tersebut sebagai 'Dorito'
- Area 51 dikenali sebagai tempat yang menyimpan pelbagai rahsia dan teori konspirasi tentang aktiviti makhluk asing
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

