[TIDAK RASMI] BN dahului majoriti di Kinabatangan, Lamag

Barisan Nasional (BN) mendahului di Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, setakat 6.30 petang Sabtu.
Barisan Nasional (BN) mendahului di Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, setakat 6.30 petang Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mendahului di Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, setakat 6.30 petang Sabtu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook, BN di Parlimen Kinabatangan mendahului dengan majoriti 4,777 undi.

Menurut beliau, DUN Lamag pula memperoleh majoriti 538 undi setakat ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

DUN Lamag pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

Penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada jam 10 malam ini.

PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!