PRK Kinabatangan, Lamag: Peti undi terakhir guna helikopter tiba di pusat penjumlahan undi

KINABATANGAN - Tiga peti undi terakhir sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan tiba di pusat penjumlahan undi Dewan Sri Lamag dengan menggunakan helikopter pada jam 5.20 petang, Sabtu.
Difahamkan, tiga peti undi itu adalah dari kawasan DUN Kuamut melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Keramuak, Tongod yang ditutup pusat pengundiannya pada jam 2 petang.
Dengan ketibaan tiga peti undi tersebut, kesemua lapan peti undi yang dibawa keluar dari pusat undi menggunakan helikopter telahpun selesai.
Secara keseluruhan, peti undi yang dibawa keluar menggunakan helikopter adalah dari SK Inarad, SK Ladang Tomanggang, SK Sri Ganda, SK Tundun Bohangin, SK Kuamut, SK Litang dan SK Abai.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun sebelum itu dalam sidang akhbarnya memaklumkan, sebanyak lapan peti undi akan dibawa keluar mengunakan helikopter manakala selebihnya yang berada di kawasan pedalaman di bawa menggunakan bot.
Keputusan untuk PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag paling awal akan umumkan sekitar jam 10 malam ini.
Ringkasan AI
- Tiga peti undi terakhir untuk PRK Kinabatangan tiba menggunakan helikopter di Dewan Sri Lamag
- Dua dari peti undi tersebut adalah dari kawasan DUN Kuamut di Sekolah Kebangsaan Keramuak, Tongod
- Kesemua lapan peti undi yang dibawa keluar menggunakan helikopter telah selesai disampaikan
- Peti undi dibawa keluar dari tujuh SK menggunakan helikopter untuk pengangkutan
- Keputusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag dijangka diumumkan sekitar jam 10 malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
