X

Kindly register in order to view this article
!

Adik Uwais petah bertutur dalam bahasa Melayu, Jepun

Paparan Twitter Nur Hafizah curi perhatian netizen.
A
A

TOCHIGI - Walaupun dilahirkan di Jepun, Uwais Mohamad Aliff, 5, tidak melupakan bahasa Melayu malah fasih berbahasa Jepun hasil didikan ibu bapanya yang mahukan anaknya pelajari pelbagai bahasa.

Uwasi kini menjadi perhatian selepas video comelnya bertutur bahasa Melayu bercampur bahasa Jepun ketika membuat roti canai tular di laman sosial.

Ibunya, Nur Hafizah Khusni ketika dihubungi berkata, anak sulung dari dua beradik itu suka bertutur dua bahasa sejak mula memasuki tadika.

Nur Hafizah bersama suami dan dua anaknya.
Nur Hafizah bersama suami dan dua anaknya.

"Disebabkan kami berdua boleh berbahasa Jepun dan persekitaran pun sepenuhnya bahasa Jepun jadi bahasa Jepun bukanlah suatu perkara yang asing bagi anak saya.

"Cuma dia semakin fasih dan petah bercakap dalam bahasa Jepun sejak pergi ke tadika bermula April 2019.

"Kami pun di rumah cakap pun campur tiga bahasa, Melayu, Jepun dan Inggeris," katanya.

Bercerita lanjut tentang penularan video tersebut, dia tidak menyangka video gelagat anaknya bertutur bahasa Melayu dan Jepun tular hingga menjadi bualan netizen.

Uwais ketika buat roti canai.
Uwais ketika buat roti canai.

"Saya sekadar kongsi di Twitter kerana pertama kali Uwais membuat roti canai.

"Kebetulan teringin nak makan roti canai dan suami memang pandai buat roti canai.

"Jadi sambil meluangkan masa hari cuti di rumah buat lah roti canai," katanya.

Tambahnya, apabila tinggal berjauhan dari Malaysia, memang akan merindui masakan di negara sendiri.

Nur Hafizah, dia dan suaminya, Mohamad Aliff Mohd Yusri mahu mendidik anak mereka supaya mengenal bahasa ibunda.

"Suami berasal dari Seremban manakala saya pula Ampang Selangor. Walaupun sudah menetap di Jepun sejak 2010 ketika melanjutkan pelajaran ijazah dalam bidang kejuruteraan di universiti tempatan di sini, kami tidak mahu anak lupa bahasa dan adat.

"Oleh itu, kami praktikkan penggunaan tiga bahasa di rumah. Alhamdulillah, Uwais tidak keliru dan kini sudah mahir dalam menyusun ayat dalam penggunaan dua bahasa," katanya.

Uwais ketika pergi ke tadika.
Uwais ketika pergi ke tadika.

Selain Uwais, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Zayn berusia lapan bulan.

Terdahulu, gelagat comel video Uwais telah ditonton lebih 50,000 tontonan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus