Mydin rai komuniti India menerusi Kempen Rasa Deepavali

Sebahagian penerima bergambar kenangan sempena Kempen Rasa Deepavali di Mydin Seremban 2 pada Khamis.
Sebahagian penerima bergambar kenangan sempena Kempen Rasa Deepavali di Mydin Seremban 2 pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN – Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berkongsi rezeki meraikan komuniti India menerusi Kempen Rasa Deepavali pada tahun ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, seramai 500 penerima terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas dan keluarga kurang berkemampuan daripada komuniti India diraikan melalui program ini.

Ameer (kiri) dan Nicole (dua dari kiri) menyampaikan pakaian baharu kepada penerima kanak-kanak.
Ameer (kiri) dan Nicole (dua dari kiri) menyampaikan pakaian baharu kepada penerima kanak-kanak.

Menurutnya, menerusi kempen tersebut, penerima kanak-kanak menerima pakaian baharu manakala keluarga diberikan kotak makanan asas.

“Mydin bukan sahaja berperanan sebagai pasar raya halal terbesar negara tetapi juga berusaha untuk sentiasa dekat dengan masyarakat.

“Kami percaya kejayaan sebuah syarikat tidak bermakna tanpa berkongsi rezeki dan menyumbang kembali kepada orang ramai.

“Kami juga amat berterima kasih kepada rakan kami, Shellys Marketing Sdn Bhd atau dikenali XES Shoes yang menaja kasut baharu untuk penerima sumbangan,” katanya sempena pelancaran Kempen Rasa Deepavali di Mydin Seremban 2 pada Khamis.

Perasmian disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan.

Ameer berkata, kempen pada tahun ini turut menampilkan siri video khas perkongsian resipi Deepavali yang memaparkan beliau sendiri turun padang ke rumah keluarga India bagi berkongsi pengalaman serta merasai suasana sambutan Deepavali.

Artikel Berkaitan:

Mydin rai komuniti India menerusi Kempen Rasa Deepavali
Mydin rai komuniti India menerusi Kempen Rasa Deepavali

Selain itu, katanya, dalam usaha memeriahkan lagi sambutan Deepavali, Mydin turut bekerjasama dengan Taaka Lee Sdn Bhd bagi menganjurkan Bombay Bazaar di enam cawangan Mydin terpilih sehingga 19 Oktober ini.

“Bazaar ini memberi ruang kepada usahawan India memperkenalkan makanan, pakaian dan produk budaya Deepavali kepada pelanggan pelbagai kaum.

“Ia bukan sahaja membantu ekonomi peniaga kecil tetapi juga membantu kefahaman masyarakat lain tentang budaya di Malaysia,” jelasnya.

Ujar beliau, sebagai syarikat bumiputera Muslim, Mydin sentiasa peka dengan perayaan kaum lain kerana percaya bahawa kebaikan, kasih sayang dan perpaduan adalah nilai sejagat yang boleh dikongsi oleh semua.

“Inilah semangat yang Mydin ingin bawa dalam setiap program tanggungjawab sosial kami.

“Semoga kempen ini membawa sinar kegembiraan kepada komuniti India dan pada masa sama mengeratkan lagi perpaduan rakyat Malaysia selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Mydin meraikan komuniti India menerusi Kempen Rasa Deepavali
  • Seramai 500 penerima daripada kalangan anak-anak yatim, warga emas dan keluarga kurang berkemampuan
  • Kanak-kanak menerima pakaian baharu, keluarga diberikan kotak makanan asas
  • Shellys Marketing Sdn Bhd atau dikenali XES Shoes menaja kasut baharu untuk penerima sumbangan
  • Mydin juga bekerjasama dengan Taaka Lee Sdn Bhd menganjurkan Bombay Bazaar di enam cawangan Mydin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!