Polis terima 17 lagi laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak

Polis menerima sembilan laporan tambahan berkaitan kes berkenaan.
Polis menerima sembilan laporan tambahan berkaitan kes berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis telah merakam keterangan pengasas sebuah taska bagi membantu siasatan berhubung cawangan premis itu yang dipercayai terbabit dalam kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk isu penderaan seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, setakat jam12.46 tengah hari, pihaknya telah menerima 17 laporan tambahan berkaitan kes itu.

"Kita telah memanggil individu yang berkaitan dengan cawangan taska itu serta pengasasnya untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Kita juga masih menyiasat serta melakukan semakan terhadap lesen atau sijil kelulusan dan lain-lain perkara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, media melaporkan polis menerima tiga laporan berhubung cawangan taska itu.

Ramsay dilaporkan berkata pihaknya turut merakam percakapan pempengaruh yang mendedahkan kejadian itu selain sedang melakukan pemeriksaan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) di premis cawangan terlibat.

Laporan dibuat ibu bapa termasuk kepada seorang kanak-kanak autisme. Setakat ini, ada lagi cawangan yang disiasat belum menyerahkan rakaman CCTV dan rampasan akan dibuat.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, satu video dipercayai dikongsi petugas sebuah taska di Shah Alam yang memaparkan seorang kanak-kanak autistik dikurung dalam stor dengan keadaan menangis teresak-esak tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Turut tular ialah video memaparkan kanak-kanak di cawangan taska sama di Puchong, Selangor diminta merangkak di dalam longkang, didakwa bagi mengelak pemeriksaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ringkasan AI

  • Polis merakam keterangan pengasas taska bagi siasatan kes pelanggaran SOP dan isu penderaan
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam menerima sembilan laporan tambahan berkaitan kes itu
  • Siasatan melibatkan pemeriksaan lesen dan sijil kelulusan taska terlibat
  • Rakaman percakapan pempengaruh dan pemeriksaan CCTV premis cawangan itu dilakukan
  • Video tular memaparkan kanak-kanak autistik dikurung dalam stor dan diminta merangkak di longkang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!