Dakwaan dera murid: Al Kauthar Eduqids lakukan siasatan dalaman, buka saluran aduan rasmi

Ibu Pejabat Al Kautharf Eduqids (AKE-HQ) menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan berlaku penderaan di salah satu cawangannya dan menjadi perhatian awam.
Ibu Pejabat Al Kautharf Eduqids (AKE-HQ) menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan berlaku penderaan di salah satu cawangannya dan menjadi perhatian awam.
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu Pejabat Al Kautharf Eduqids (AKE-HQ) menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan berlaku penderaan di salah satu cawangannya dan menjadi perhatian awam.

Menurut kenyataan rasmi AKE-HQ, pihak pengurusan telah menyegerakan siasatan dalaman serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus.

"Salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian juga telah diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

"Sebagai langkah awal, AKE-HQ juga telah mengaktifkan saluran aduan rasmi akeaduan@gmail.com sekiranya wujud insiden yang sama dimana-mana premis di bawah jenama AKE," katanya pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan tindakan beberapa pengasuh sebuah taska swasta di Shah Alam didakwa mengurung seorang kanak-kanak autisme dalam bilik stor serta memaksa seorang bayi meminum susu dengan cara dikepit menggunakan kaki telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dalam pada itu AKE-HQ memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan.

Katanya, AKE-HQ sentiasa meletakkan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sebagai keutamaan.

"Kami tidak akan berkompromi dengan sebarang kejadian yang tidak diingini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi AKE-HQ," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!