Lebih sejuta penduduk Timur Laut Nigeria berisiko terputus bantuan makanan

Nigeria kini berdepan krisis kebuluran yang serius.
Nigeria kini berdepan krisis kebuluran yang serius.
A
A
A

ABUJA – Lebih satu juta penduduk di timur laut Nigeria berisiko terputus bantuan kecemasan makanan dalam tempoh terdekat sekiranya dana tambahan tidak diperoleh segera.

Pengarah Negara Program Makanan Sedunia (WFP) di Nigeria, David Stevenson berkata, kekurangan dana memaksa agensi itu menghadkan bantuan kepada hanya 72,000 penerima.

David memaklumkan bahawa sebanyak AS$1 juta diperlukan bagi memastikan operasi bantuan di timur laut Nigeria dapat diteruskan untuk tempoh enam bulan akan datang.

"Nigeria kini berdepan krisis kebuluran yang serius dengan hampir 35 juta penduduk dijangka mengalami ketidakjaminan makanan yang serius pada 2026.

"Di negeri Borno sahaja, dianggarkan 15,000 orang berada pada tahap kebuluran bencana, iaitu satu langkah sebelum kebuluran besar," katanya.

David memberi amaran bahawa pemberhentian bantuan makanan boleh membawa kesan kemanusiaan, keselamatan dan ekonomi yang buruk khususnya terhadap golongan rentan yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan.

Sejak 2015, WFP telah menyalurkan bantuan makanan kepada hampir dua juta penduduk di timur laut Nigeria setiap tahun.

Namun, keganasan yang kembali memuncak telah menyebabkan pemindahan besar-besaran, kemusnahan sumber makanan serta peningkatan kadar kekurangan zat makanan ke tahap kritikal di beberapa negeri utara negara itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!