Bekas Pengarah PTD rugi lebih setengah juta masuk 'perangkap' sindiket kripto

Mangsa yang berusia 71 tahun telah melihat iklan pelaburan mata wang kripto di laman sosial Facebook. Gambar hiasan.
Mangsa yang berusia 71 tahun telah melihat iklan pelaburan mata wang kripto di laman sosial Facebook. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pesara lelaki rugi sebanyak RM525,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada 23 Mei lepas, mangsa yang berusia 71 tahun telah melihat iklan pelaburan mata wang kripto di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, mangsa yang berhubung secara dalam talian dengan suspek membuat pelaburan sebanyak RM525,000 setelah dijanjikan pulangan sebanyak AS$500,000.

"Mangsa, yang merupakan bekas pengarah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), telah membuat tujuh transaksi ke akaun suspek dari 20 hingga 27 Ogos lepas menggunakan wang simpanan persaraannya sendiri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan... polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik penipuan dalam talian dan di media sosial," katanya.- Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pesara lelaki rugi RM525,000 akibat sindiket pelaburan mata wang kripto palsu
  • Mangsa, berumur 71 tahun, tertarik dengan iklan pelaburan mata wang kripto di Facebook
  • Mangsa berhubung dalam talian dengan suspek dan melabur dengan janji pulangan AS$500,000
  • Mangsa telah melakukan tujuh transaksi ke akaun suspek menggunakan wang simpanan persaraannya
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, polis nasihatkan orang ramai berwaspada dengan penipuan dalam talian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!