10 tentera India maut dalam kemalangan kenderaan di Kashmir

Sepuluh anggota tentera India maut dalam kemalangan di Jammu dan Kashmir. Gambar hiasan
Sepuluh anggota tentera India maut dalam kemalangan di Jammu dan Kashmir. Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Sepuluh anggota tentera India maut apabila kenderaan mereka terjunam ke dalam gaung di Jammu dan Kashmir pada Khamis.

Mereka dalam perjalanan untuk satu operasi apabila kemalangan berlaku di Khani Top, daerah Doda, lapor media tempatan.

"Sangat sedih dengan kemalangan jalan raya tragis di Doda yang mengakibatkan kita kehilangan 10 anggota tentera India yang berani. Ucapan takziah saya yang ikhlas kepada keluarga mangsa,” kata Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh, dalam satu catatan di X.

Seramai 10 lagi tentera dilaporkan cedera dalam kemalangan itu. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sepuluh anggota tentera India maut dalam kemalangan gaung di Jammu dan Kashmir
  • Kenderaan yang membawa mereka terjunam ke dalam gaung di Khani Top, daerah Doda
  • Mereka dalam perjalanan untuk satu operasi ketika kemalangan itu berlaku
  • Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh, menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa
  • Sepuluh lagi tentera dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!