Harry Kane mungkin tinggalkan Spurs

Harry Kane. - Foto : Getty Images
Harry Kane. - Foto : Getty Images
A
A
A

Penyerang sensasi England, Harry Kane membayangkan dia mungkin akan meninggalkan Totenham Hotspurs jika tiada perancangan rapi dibuat kelab berkenaan dalam usahanya mencapai cita-citanya sebagai pemain bola sepak.

Pengakuan berkenaan diluahkan Kane pada sesi soal jawab di laman instagram bersama Jamie Redknapp baru-baru ini.

Mengulas mengenai masa depannya bersama kelab berkenaan, Kane berkata, ia adalah salah dan dia tidak boleh katakana ‘ya’ atau ‘tidak.’

“Saya sayangkan Spurs. Saya akan selalu sayang Spurs, tetapi saya selalu katakan, sebagai satu pasukan, kita tidak ada peningkatan atau menuju ke arah yang betul.

“Saya juga bukanlah seseorang yang akan tinggal di sini untuk itu; namun, ia bergantung kepada apa yang berlaku sebagai satu pasukan dan bagaimana kita lakukannya (peningkatan ) sebagai satu pasukan,” katanya pada sesi soal jawab berkenaan.

Untuk rekod, tidak ada sebarang peningkatan dilakukan di White Hart Lane dan sekadar menyaksikan pemecatan Mauricio Pochettino dan digantikan Jose Maurinho selain spekulasi berhubung penghijrahan keluar Kane yang membantu Spurs selama enam musim setengah di EPL sebelum ini.

Selain itu, Spurs juga jarang menunjukkan peningkatan dengan berada pada kedudukan kelapan EPL dan tersingkir daripada saingan Piala FA Inggeris selepas ditewaskan Norwich City sebelum tunduk kepada RB Leipzig dalam pusingan 16 pasukan terbaik bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah sebelum semua acara bola sepak ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Menurut sumber, ada kemungkinan pasukan-pasukan besar seperti Manchester City, Manchester United, Real Madrid, Barcelona mahu pun Juventus turut berminat mendapatkan khidmat Kane.

Artikel Berkaitan:

Namun persoalannya, selaku kapten Englad dan salah seorang penyerang terbaik di dunia ketika ini, pasukan mana yang sesuai untuk Kane pemain berusia 26 tahun itu?

Sementara itu pada sesi soal jawab berkenaan, Kane turut bercakap mengenai hasratnya untuk memecahkan rekod jaringan bekas pemain Manchester United, Wayne Rooney.

Malah Kane turut berazam untuk memecahkan rekod jaringan bekas penyerang England, Alan Shearer dan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), suatu hari nanti.

“Saya seorang pemain yang punya impian dan cita-cita. Saya mahukan peningkatan, menjadi lebih baik dan menjadi salah seorang pemain yang berada di puncak,” katanya.