Ka Siong dirawat di hospital akibat jangkitan paru-paru

Ka Siong kini sedang menjalani rawatan di hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru sejak 19 Januari lalu.
Ka Siong kini sedang menjalani rawatan di hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru sejak 19 Januari lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kini sedang menjalani rawatan di hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru sejak 19 Januari lalu.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu memaklumkan bahawa beliau telah dimasukkan ke hospital dan kini menerima pemeriksaan rapi serta rawatan intensif yang dijangka mengambil masa kira-kira seminggu.

“Dalam tempoh ini juga, saya tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat. Saya juga telah memaklumkan kepada YB Tan Sri Speaker berhubung perkara ini.

“Dalam masa sama, saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan ke program-program yang telah diatur lebih awal,” katanya menerusi shantaran di Facebook pada Rabu.

Ka Siong turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhannya sepanjang tempoh rawatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedang menjalani rawatan di hospital akibat jangkitan paru-paru sejak 19 Januari lalu
  • Ahli Parlimen Ayer Hitam itu kini menerima pemeriksaan rapi dan rawatan intensif yang dijangka mengambil masa seminggu
  • Beliau tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat pada tempoh rawatan
  • Wee Ka Siong memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan program yang telah diatur
  • Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua yang mendoakan kesembuhannya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!