UMK perlu terus relevan

Ibrahim (dua, kanan) memberi penerangan ringkas mengenai buku tulisannya kepada Naib Canselor, Prof Dr Noor Azizi Ismail (tengah) di majlis tersebut.
Ibrahim (dua, kanan) memberi penerangan ringkas mengenai buku tulisannya kepada Naib Canselor, Prof Dr Noor Azizi Ismail (tengah) di majlis tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu terus relevan dalam bidang keusahawanan selari dengan pembangunan negeri dan antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor Pendidikan dan Inovasi, UMK, Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar berkata, keterlibatan UMK dengan masyarakat juga perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

"Ada perkara tertentu yang perlu diperbaiki supaya UMK menjadi rujukan, dan kita ada dalam pemikiran setiap masyarakat di negeri ini.

"Bagaimanapun dalam tempoh 12 tahun penubuhannya, UMK telah beri kesan positif kepada masyarakat terutamanya di UMK Jeli yang menikmati pelbagai jenis kemudahan dan impak ekonomi.

"Perkara seperti ini perlu diteruskan dan ditingkat. Ia juga telah mengubah landskap Jeli menjadi lebih baik," katanya kepada media di sini.

Beliau diraikan dalam satu majlis persaraannya di Hotel Perdana di sini. Turut diadakan, Program Syarahan Perdana UMK yang kali ini melibatkan majoriti kakitangan akademik universiti berkenaan.

Artikel Berkaitan: