Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Bung Moktar

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahayarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di atas pemergian beliau pada 5 Disember tahun lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memohon Ahli Dewan Rakyat yang beragama Islam menghadiahkan Al-Fatihah, manakala yang bukan beragama Islam bertafakur selama seminit sebagai tanda penghormatan.
"Kita berdoa semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman.
"Saya memohon agar Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berdiri. Kepada yang beragama Islam, diminta sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, manakala kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur," katanya.
Bekas Ketua UMNO Sabah itu disahkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi, 5 Disember 2025.
Bung Moktar sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.
Ringkasan AI
- Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin
- Yang Dipertua Dewan Rakyat meminta Ahli Dewan Rakyat yang beragama Islam menghadiahkan Al-Fatihah dan yang bukan Islam bertafakur sebagai tanda penghormatan
- Doa dipanjatkan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan beriman dan soleh
- Bung Moktar disahkan meninggal dunia pada 5 Disember pada jam 1.46 pagi
- Sebelum meninggal, Bung Moktar menerima rawatan untuk kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


