PRN Sabah: BN perkukuh kerjasama komponen hadapi PRN17 - Bung Moktar

Bung Moktar (tengah) dan Ka Siong (empat dari kiri) ketiak pertemua di Kota Kinabalu.
Bung Moktar (tengah) dan Ka Siong (empat dari kiri) ketiak pertemua di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah terus memperkukuh kerjasama antara parti komponen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) dengan memberi tumpuan utama kepada kepentingan rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, BN Sabah terus membuka ruang perbincangan bersama rakan komponen bagi menyelaras strategi yang berpaksikan tanggungjawab terhadap rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak.

"BN Sabah akan terus membuka ruang perbincangan strategik bersama rakan-rakan komponen bagi memastikan pendekatan kita menjelang PRN17 benar-benar berpaksikan kepentingan rakyat, bukan kepentingan individu atau kelompok tertentu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, di sini.

Pada pertemuan itu, Bung Moktar menyifatkan ia berlangsung dalam suasana yang penuh mesra dan semangat kekeluargaan BN.

"Kami sempat bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa serta membincangkan hala tuju BN menjelang PRN17 Sabah yang kian menghampiri," katanya.

Bung Moktar berkata, pertemuan itu turut memperkukuh komitmen BN untuk kekal sebagai gabungan politik yang matang, tersusun dan berprinsip walaupun berdepan cabaran landskap politik Sabah yang sentiasa berubah.

"Walaupun landskap politik Sabah sering berubah dan mencabar, semangat kerjasama antara parti-parti komponen BN kekal utuh berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab bersama terhadap rakyat," katanya.

Menurutnya, kekuatan BN terletak pada keseimbangan antara peranan setiap komponennya.

Artikel Berkaitan:

"MCA dengan kekuatan di kawasan bandar dan UMNO di kawasan luar bandar sentiasa menjadi tulang belakang kestabilan politik negara.

"Gabungan pengalaman dan keupayaan ini amat penting bagi memastikan Sabah terus maju dalam suasana politik yang stabil, berdaya saing dan berpaksikan kesejahteraan rakyat," ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kestabilan bukan sekadar slogan, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama untuk membina masa depan Sabah yang lebih baik.

"Kestabilan bukan sekadar slogan, ia adalah tanggungjawab dan keikhlasan untuk membina masa depan Sabah yang lebih baik, bersama," tegasnya.

 

Ringkasan AI

  • BN Sabah berfokus pada kepentingan rakyat dalam menyelaras strategi PRN17
  • BN Sabah membuka ruang perbincangan strategik dengan komponen untuk kepentingan rakyat
  • Pertemuan antara Bung Moktar dengan Presiden MCA dijalankan dalam suasana mesra
  • Komitmen BN terhadap kesatuan dan kestabilan politik di Sabah walaupun berdepan cabaran
  • Keseimbangan peranan antara MCA dan UMNO penting untuk kesejahteraan dan kemajuan Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!