Pesawat mendarat cemas, hempap bumbung kereta

FLORIDA - Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di atas sebuah kereta di Lebuhraya Interstate-95 berhampiran Merritt Island, Amerika Syarikat pada Isnin.
Menurut laporan Gulf News, pesawat jenis Beechcraft 55 Baron itu dipercayai mengalami kerosakan enjin sebelum merempuh bahagian atas kenderaan jenis Toyota Camry yang dipandu seorang wanita berusia 57 tahun.
Insiden itu dirakam oleh pemandu sebuah kenderaan yang berada di belakang kereta terbabit.

Pasukan Peronda Lebuhraya Florida (FHP) pemandu terbabit telah dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan kecederaan ringan dialaminya.
Sementara itu, juruterbang dan seorang penumpang masing-masing berusia 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa berkaitan akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.
Ringkasan AI
- Pesawat ringan terhempas ketika pendaratan cemas di atas kereta di Lebuhraya Interstate-95 berhampiran Merritt Island, Amerika Syarikat
- Pesawat jenis Beechcraft 55 Baron mengalami kerosakan enjin sebelum merempuh Toyota Camry
- Insiden dirakam oleh pemandu kenderaan yang berada di belakang kereta yang terbabit
- Pemandu kereta dibawa ke hospital untuk rawatan kecederaan ringan
- Juruterbang dan penumpang pesawat, kedua-duanya berusia 27 tahun, tidak mengalami kecederaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
