Kes pukul kanak-kanak, lelaki dibebaskan dengan jaminan polis

Laporan Sinar Harian dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat (kiri)
Laporan Sinar Harian dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat (kiri)
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang ditahan pada Sabtu lalu kerana memukul anak saudaranya dengan menggunakan rotan dan membaling kerusi, telah dibebaskan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kertas siasatan berkaitan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam minggu ini untuk tindakan lanjut.

"Suspek berusia 38 tahun itu telah diberi jaminan polis, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan pertelingkahan seorang cucu dengan nenek dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak memukul anak saudaranya dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.

Shamsudin dilaporkan berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.21 petang pada Jumaat.

Laporan polis dibuat oleh seorang warga tempatan berkaitan kes seorang kanak-kanak dipukul dalam daerah Petaling Jaya.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah di sekitar Petaling Jaya dan suspek merupakan bapa saudara kepada mangsa.

Beliau berkata, mangsa berusia antara lapan hingga 11 tahun. Hasil maklumat diperoleh membawa kepada penahanan suspek bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Irfan Emir Mohd Alwi di talian 016-5379 507 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berdurasi kira-kira 35 saat memaparkan kejadian itu tular di media sosial.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki dibebaskan jaminan polis selepas ditahan kerana memukul anak saudaranya
  • Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut
  • Pertelingkahan dengan nenek menjadi punca kejadian kes pukul yang tular di media sosial
  • Kejadian berlaku di sebuah rumah di Petaling Jaya dan suspek merupakan bapa saudara kepada mangsa
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!